Friday, 3 February 2017

Tajaan

Pada 12hb Januari,
Kami ajk tajaan & beberapa ajk lain serta Ahli Tertinggi telah menghadiri perjumpaan bersama Tuan Ariff Zaky iaitu ADUN Belia Perak bagi perbincangan mengenai tajaan & berkongsi idea untuk aktiviti khidmat masyarakat 2404. Tuan Ariff Zaky juga memberi beberapa cadangan yang boleh kita lakukan memberitahu jenis tajaan yang mampu diberikan. Selain itu juga beliau turut mencadangkan MCD Meru sebagai salah satu tajaan yang boleh kita dapatkan untuk sumber makanan. Kami ajk tajaan & Ketua Projek akan sentiasa up-to-date segala perkara kepada beliau. -Afiq Haiqal-

Lawatan ke SMK Bawong untuk melihat kawasan sekolah. Diwakili oleh Heikal.

Lawatan ke 2 ke SMK Bawong untuk membincangkan tentang bbrapa perkara pada 16Feb. -afiq haiqal & Fakhrin

Pada, 15hb kami ajk tajaan bersama ke program hello YB untuk program TN50 bersama exco belia Perak di Kinta Riverfront. -Afiq, Heikal & Fakhrin

Pada 27Mac & 3April saya & wan najmudin ke bangunan SUK Perak utk mendapatkan update drpd En. Shahrul Yahaya. -afiq haiqal

Perbincangan dan agihan tugas oleh Puan Zaharah bagi memudahkan urusan carian dana / tajaan pada 16hb Mac. Setiap individu juga perlu mencari sekurangnya RM100 bagi memudahkan tajaan. Pada 21hb, saya Afiq & bersama Wan dan Aidil ke Sungai Siput bagi menyerahkan proposal dan surat tajaan.. . -afiq haiqal

Pada 22Mac saya dan ahli tajaan bersama ajk protokol & multimedia ke 7E dikawasan Ipoh & HQ Kperak di Meru untuk menyerahkan proposal & surat tajaan -afiqhaiqal & Heikal & Fakhrin

Pada 4hb april saya ke kedai pokok utk membeli bunga. -afiq haiqal

5&6hb April kami ajk tajaan berkumpul untuk menyelesaikan persiapan terakhir seperti hadiah ataupon persembahan.. Pada 8hb jam 530am berkumpul di MCD Meru untuk mengambil tajaan makanan. Dan sepanjang program berlangsung saya ditugaskan untuk menjaga sound system & landskap. Sepanjang waktu riadah saya, Faris & Wan bertugas untuk mengemas semula dewan.-afiq haiqal


No comments:

Post a Comment