Friday, 3 February 2017

Ahli Tertinggi


Assalamualaikum, alhamdulillah selepas cuti midterm saya selaku ketua projek telah membantu mencari penajaan bagi mendptkan sumber kewangan dimana untuk "fund" bagi program khidmat masyarakat setelah naik turun pejabat SUK perak beberapa kali akhirnya mendatangkan hasil dari penajaan " yayasan perak" . selain itu saya juga terlibat dalam pembelian barang seperti bunga untuk sesi landskap. Pada hari kejadian saya bertindak sebagai sepenuhnya ketua program dimana saya memastikan segala program dan tentatif berjalan lancar walaupun pada mulanya agak lambat sedikit tetapi alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik. Agak penat pada hari kejadiaan tetapi diatas tindakan kumpulan dan masing2 tahu akan tugas masing2 itu sedikit sebanyak memberi kan impak positif untuk program berjalan lancar alhamdulillah. Harapan saya agar segala pengalaman dalam menjayakan program ini dapat diterapkan dalam diri dan dapat digunakan pada masa hadapan kelak. - WAN NAJMUDIN BIN WAN MOHD NOH



Assalamualaikum. Sepanjang minggu pertama saya telah set-up meeting bersama adun belia Perak, Arif Zaki bagi berbincang untuk mendapatkan tajaan, dan insyallah. Akan menemui hasilnya. Dan sepanjang pada minggu kedua yaitu saya menemui jalan untuk menjalinkan program khidmat masyarakat kita ini dengan KANTANPRENEUR, bagi kita membolehkan program ini ialah "sesuatu" dan bukan sekadar program yang ibarat "melepas batuk di tangga" dan insyallah. itu juga akan mencapai kata sepakat bagi menjayakan program kita. :) - Wan Najmudin

Alhamdulillah, untuk sepanjang minggu ke 3 pula insyallah saya telah mencari penajaan dari pihak yayasan kadir di mana beliau juga merupakan , orang kenamaan yang boleh sedikit sebyk membantu kita, insyallah dalam masa tedekat akan diatur perjumpaan bersamanya. dan Saya juga telah " survey" bagi aksesori phone yang akan dijual bagi minggu khidmat masyarakat. insyallah akan dibentangkan :) - Wan Najmudin

Assalamualaikum. Saya selaku setiausaha untuk program khidmat masyarakat. Kami telah mengadakan meeting bersama Adun Belia Perak, Encik Ariff Zaki bertempat di Restoran Al-Man, Greentown. Kami juga telah berbuncang serba sedikit mengenai program yang akan kami jalankan antaranya mengenai lokasi, tajaan, makanan,aktiviti,Pertandingan dan sebagainya.

Lokasi yang dipilih adalah di SMK Bawong. Masa yang diamggarkan untuk sampai ke SMK Bawong adalah selama Satu jam 30 minit dari Ipoh. Untuk pengetahuan, SMK Bawong merupakan Sekolah Asrama Pertama Orang Asli.

Saya berharap semoga program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga urusan dipermudahkan sebelum dan selepas program ini. Saya berharap program ini dapat mencapai objektif selaras dengan aspek khidmat masyarakat.

Pada tarikh 07 hb Februari 2017, saya bersama ketua projek dan wakil ajk aktiviti sekali lagi mengadakan perjumpaan bersama Adun Belia Perak iaitu Ariff  Zaky di Restoran Al-Man. Perjumpaan yang kira-kira selama sejam itu adalah membincangkan tentang tentatif program, tajaan bagi makanan, hadiah,aktiviti dan sebagainya.

Bertarikh 17 hb Februari 2017, saya bersama ketua projek, bendahari, dan ajk yang lain telah sekali lagi ke SMK Bawong. Kami berjumpa dengan PK Hem, Encik Zamziba kerana Pengetua Sekolah tersebut mempunyai urusan menyuarat yang lain. Sepanjang berjumpa itu, kami ada membincangkan tentang perkara-perkara penting seperti yang ditulis didalam proposal antaranya mengenai bilangan makanan, lokasi, aktiviti apa yang dijalankan, dan sebagainya.

Selepas berbincang lebih kurang 45 minit, Encik Zamziba membawa kami melihat lokasi-lokasi yang akan digunakan semasa hari kejadian seperti dewan sekolah, dewan makan,surau dan lain-lain. Perjumpaan kami itu berakhir pada pukul 5.00 petang. Sekian.  - Amy Nadhira -

Assalamualaikum, pada minggu lepas bertarikhkan 31.1.2017 saya bersama ajk yang lain telah pergi melawat dan berjumpa dengan guru di SMK BAWONG. Saya wakil ahli tertinggi mengganti tempat President yang tidak dapat hadirkan diri kerana ada masalah tertentu. Kami menaiki tiga buah kereta yang berasingan untuk pergi kesana. Pada pukul 3.30 petang kami semua bertolak dari kolej ke sana. Dan mengambil masa lebih kurang dalam satu jam setengah.

Kami berkesempatan berjumpa dengan Penolong Kanan HEM di SMK BAWONG. Mereka memberi banyak maklumat kepada kami. Di samping itu, kami diberikan dengan layanan yang cukup baik sekali. Setelah mereka memberi maklumat, mereka jugak membenarkan kami untuk melawat seluruh kawasan di SMK BAWONG. Sekian dari saya -AJ-


Assalammualaikum..selepas cuti mid term saya bersama sara dan khairuunisa pergi ke mydin dan tesco,untuk meminta sumbangan tajaan dari mereka.Sepanjang 3 minggu berulang-alik dari kolej ke Meru tetapi jawapan diberi tidak memberangsangkan.Mereka tidak dapat memberi sumbangan kerana masalah2 tertentu. -NORZAHIRAH BT ABD GANI


Bertarikh 17 hb Februari 2017, saya bersama ketua projek, dan ajk yang lain telah sekali lagi ke SMK Bawong. Kami berjumpa dengan PK Hem, Encik Zamziba kerana Pengetua Sekolah tersebut mempunyai urusan menyuarat yang lain. Sepanjang berjumpa itu, kami ada membincangkan tentang perkara-perkara penting seperti yang ditulis didalam proposal antaranya mengenai bilangan makanan, lokasi, aktiviti apa yang dijalankan, dan sebagainya. -NORZAHIRAH BT ABD GANI


No comments:

Post a Comment