Saturday, 8 April 2017

Makanan

MINGGU PERTAMA

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani

         Assalamualaikum dan salam sejahtera , pada minggu pertama, kami AJK makanan Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani telah membincangkan beberapa perkara bagi persiapan makanan dan minuman pada hari aktiviti khidmat masyarakat seperti sarapan pagi , makan tengah hari dan minum petang.
   
          Sarapan pagi untuk 24 orang termasuk Miss Zaharah. Kami mencadangkan bihun goreng dan satu kotak air mineral untuk 24 orang. Bajet untuk sarapan pagi seorang dalam RM4.00 jika 24 orang jumlah sarapan pagi RM96.00. Adun belia Perak, Encik Arif Zaki mencadangkan sarapan pagi di taja oleh MacDonald iaitu McMuffin dan kopi panas.

          Untuk makan tengah hari kami mencadangkan untuk 100 orang makan. Menu dari hasil perbincangan kami bertiga ialah nasi putih , ayam masak merah , sayur campur dan air sirap. Kami akan cuba dapatkan katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Bawong yang berdekatan dengan perkampungan Orang Asli di Sungai Siput Ipoh Perak. Bajet makanan untuk tengah hari seorang makan dalam RM6.00 dan jumlah untuk 100 orang RM600.00.

         Untuk minum petang kami mencadangkan 100 orang makan. Menu yang dicadangkan ialah air teo o' panas , kek pisang dan kuih karipap. Bajet untuk minum petang seorang dalam RM2.00 dan jumlah untuk 100 orang RM200.00.

        Akhir Sekali , bajet untuk ajk makanan di peruntukan untuk sarapan pagi dalam RM96.00 untuk 24 orang. Makan tengah hari RM600.00 untuk 100 orang makan. Minum petang RM200.00 untuk 100 orang makan. Bajet-bajet lain yang kami cadangkan seperti polisterin untuk sarapan iaitu bihun goreng dalam 50 polisterin RM4.00 , sudu dan garfu plastik RM3.00 , Plastik untuk sarapan pagi dalam 2 bungkus RM6.00 dan Plastik sampah dalam 3 bungkus RM9.00. Jumlah keseluruhan dari sarapan pagi hingga petang termasuk bajet-bajet lain yang tentera diatas ialah RM881.00.

___________________________________________________________________________

MINGGU KEDUA (31.1.2017 / SELASA)

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah

         Assalamualaikum dan salam sejahtera , pada hari tersebut kami berbincang untuk mengahantar berberapa orang daripada setiap  AJK masing-masing ke lokasi yang telah kami pilih untuk survey beberapa tapak seperti dewan makan di SMK Bawong untuk menghidangkan makan tengah hari dan minum petang bersama-sama. AJK makanan yang terlibat ialah Siti Nor Fathiah dan Seri Adibah. Jarak perjalanan dari KPTM greentown ke SMK Bawong Sungai Siput Perak mengambil masa kira-kira sejam lebih.



 .



2.2.2017 / KHAMIS

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah

Miss Zaharah menggangarkan sebanyak 150 orang makan pada waktu makan tengah hari dan minum petang.



MINGGU KE TIGA (7.2.2017 / SELASA)

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ke tiga Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani telah membincangkan membuat proposal bahagian makanan. Dan setelah berbincang proposal bahagian makanan seperti di bawah.

MASA
MAKANAN & MINUMAN
CATATAN
Sarapan Pagi                         
       ·    Bihun goreng /          McDonalds

       ·    Air Mineral
(26 org campur miss zaharah & madam azlin)


Tempahan sendiri seramai 26 orang. Akan mendapatkan tajaan dari McDonalds.

Makanan Tengahari
       ·         Nasi putih
       ·         Ayam masak merah
       ·         Sayur campur
       ·         Buah tembikai
       ·         Air sirap


Tempahan dari SMK Bawong untuk seramai 130 orang.
Minuman Petang
      ·         Teh O panas
      ·         Kuih muih

Tempahan dari SMK Bawong untuk seramai 130 orang.