Wednesday, 19 April 2017

LAPORAN HARI KEJADIAN ( 8/4/2017)

Pada 8 April 2017 para pelajar dikehendaki berkumpul pada pukul 6.00 pagi di SSI KPTM IPOH. Para pelajar di kehendaki mengangkat barang yang akan di gunakan dan di masukkan ke dalam bas. Seramai 10 orang pelajar yang menaiki bas dan selebihnya seramai 13 orang menaiki kenderaan sendiri iaitu 3 buah kereta oleh pensyarah, miss zahirah dan dari  pelajar lelaki. Kami mengambil masa selama satu jam setengah untuk ke lokasi iaitu di SMK Bawong Sungai Siput. Kami selamat sampai pada pukul 8.00 pagi. Setibanya disana kami dijemput untuk menjamah sedikit sarapan yang telah disediakan oleh pihak sekolah SMK Bawong.

Pada pukul 9:30 pagi, Program pelancaran Hari Ispirasi telah dijalankan. Majlis itu telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato Haji Dzolkafly bin Haji Haron dan diserikan lagi dengan persembahan dari wakil pelajar kptm ipoh dan diringi dengan persembahan dari wakil pelajar sekolah SMK Bawong. Majlis diteruskan lagi dengan Slot ‘Talk TN50’ Oleh ADUN Belia Perak yang berlangsung selama satu jam. Selesai saja slot ‘Talk TN50’, pelajar-pelajar dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Kantanpreneur yang dihadiri oleh Encik Mimpi dan rakan-rakannya. Tepat jam 1:30 petang, kami berehat untuk menjamu makan tengahari dan menunaikan solat zohor.

 Pada jam 2:00 petang, setelah pelajar dikumpulkan semula kedalam dewan, kami menyiapkan barang-barang untuk meneruskan slot bengkel kemahiran antaranya bengkel muzikal, bakery, personality diri dan fotografi. Pelajar sekolah telah dibahagikan kepada 4 kumpulan daripada 60 orang yang terlibat untuk menyertai bengkel kemahiran yang telah kami sediakan. Selain itu,kami juga turut melakukan aktiviti landskap di kawasan yang lapang untuk kami menanam pokok bunga sebagai tanda kenang-kenangan. Jam 4:00 petang, setelah slot bengkel kemahiran dan aktiviti landskap dijalankan, kami telah mengadakan satu lagi slot khas untuk pelajar sekolah SMK Bawong iaitu slot yang diberi nama ‘ Sharing about KPTM’ dimana Ketua Projek, Wan Najmudin berkongsi serba sedikit tentang kos-kos yang terdapat di KPTM.

Seterusnya, Jam 4:30 petang, program ini tidak tamat begitu saja. Kami telah melakukan aktiviti riadah untuk pelajar- pelajar di SMK Bawong . Antara permainan yang diadakan ialah, isi air dalam botol, ‘musical chair, musical poisoning quiz dan bowling kelapa. Kelihatan pelajar –pelajar SMK Bawong gembira dengan permainan yang kami jalankan.

Akhir sekali, sebagai penutup program Hari Inspirasi, pemberian hadiah telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah memenangi aktiviti riadah yang telah kami adakan. Majlis berakhir dengan pemberian sedikit cenderahati dari pihak SMK Bawong iaitu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamziba kepada Pensyarah Khidmat Masyarakat, Cik Zaharah Binti Zainal Abidin sebagai tanda penghargaan. Majlis bersurai tepat jam 5:30 petang dan terus bergerak pulang ke kolej.Majlis berjalan lancar mengikut tentatif program.




Sekian, Setiausaha.
AMY NADHIRA BINTI AHMAD

Tuesday, 18 April 2017

Multimedia

AJK MULTIMEDIA  
      1. Aidil
      2. Faris
      3. Syafiqah

MINGGU PERTAMA {19/1/2017}
      
      Ajk multimedia melakukan perbincangaan tentang tugasan yang perlu dilakukan dan
      menyenaraikan tugasan utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Antara tugasan
      utama yang perlu dilakukan ialah :
                  - Membuka satu laman akaun Blog untuk Khidmat Masyarakat DMM0324
                  - Menghasilkan design baju
                  - Menghasikan design banner program

      Setelah selesai segala pembahagian tugas kami selaku ajk multimedia telah menghasilkan
      Blog tersebut.
         
      URL BLOG → https://khidmatmasyarakat0424.blogspot.my/ 

[AIDIL;FARIS;SYAFIQAH]
                                                                  

MINGGU KEDUA {26/1/2017}
       Pembentangan didalam kelas mengenai tugasan yang telah dilakukan. Kami Ajk
       multimedia memilih blog Khidmat Masyarakat yang telah dihasilkan untuk
       dibentangkan pada minggu tersebut.


[AIDIL;FARIS;SYAFIQAH]

                                                                  

{31/1/2017}
    Pada hari tersebut kami Ajk Multimedia hanya menghantar 2 orang wakil dari ajk multimedia
         dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain untuk ke tempat lokasi yang telah kami pilih
         untuk menjalankan program khidmat masyarakat itu nanti.Tempat tersebut ialah SMK Bawong
         Sungai Siput Perak.









 





[AIDIL;FARIS;SYAFIQAH]