Tuesday, 2 May 2017

Tajaan

Pada tanggal 30hb March 2017 saya Afiqah Johan bersama kawan saya pergi mencari sedikit sebanyak sumbangan untuk menjayakan program khidmat masyarakat. Pada pukul 3 petang kami pergi ke sebuah syarikat di bangunan Bourgevilla, Majlis Bnadaraya Ipoh dan Yayasan Perak berdekatan kawasan Ipoh untuk meminta sumbangan supaya dapat membantu program khidmat masyarakat tersebut.

Wednesday, 19 April 2017

LAPORAN HARI KEJADIAN ( 8/4/2017)

Pada 8 April 2017 para pelajar dikehendaki berkumpul pada pukul 6.00 pagi di SSI KPTM IPOH. Para pelajar di kehendaki mengangkat barang yang akan di gunakan dan di masukkan ke dalam bas. Seramai 10 orang pelajar yang menaiki bas dan selebihnya seramai 13 orang menaiki kenderaan sendiri iaitu 3 buah kereta oleh pensyarah, miss zahirah dan dari  pelajar lelaki. Kami mengambil masa selama satu jam setengah untuk ke lokasi iaitu di SMK Bawong Sungai Siput. Kami selamat sampai pada pukul 8.00 pagi. Setibanya disana kami dijemput untuk menjamah sedikit sarapan yang telah disediakan oleh pihak sekolah SMK Bawong.

Pada pukul 9:30 pagi, Program pelancaran Hari Ispirasi telah dijalankan. Majlis itu telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato Haji Dzolkafly bin Haji Haron dan diserikan lagi dengan persembahan dari wakil pelajar kptm ipoh dan diringi dengan persembahan dari wakil pelajar sekolah SMK Bawong. Majlis diteruskan lagi dengan Slot ‘Talk TN50’ Oleh ADUN Belia Perak yang berlangsung selama satu jam. Selesai saja slot ‘Talk TN50’, pelajar-pelajar dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Kantanpreneur yang dihadiri oleh Encik Mimpi dan rakan-rakannya. Tepat jam 1:30 petang, kami berehat untuk menjamu makan tengahari dan menunaikan solat zohor.

 Pada jam 2:00 petang, setelah pelajar dikumpulkan semula kedalam dewan, kami menyiapkan barang-barang untuk meneruskan slot bengkel kemahiran antaranya bengkel muzikal, bakery, personality diri dan fotografi. Pelajar sekolah telah dibahagikan kepada 4 kumpulan daripada 60 orang yang terlibat untuk menyertai bengkel kemahiran yang telah kami sediakan. Selain itu,kami juga turut melakukan aktiviti landskap di kawasan yang lapang untuk kami menanam pokok bunga sebagai tanda kenang-kenangan. Jam 4:00 petang, setelah slot bengkel kemahiran dan aktiviti landskap dijalankan, kami telah mengadakan satu lagi slot khas untuk pelajar sekolah SMK Bawong iaitu slot yang diberi nama ‘ Sharing about KPTM’ dimana Ketua Projek, Wan Najmudin berkongsi serba sedikit tentang kos-kos yang terdapat di KPTM.

Seterusnya, Jam 4:30 petang, program ini tidak tamat begitu saja. Kami telah melakukan aktiviti riadah untuk pelajar- pelajar di SMK Bawong . Antara permainan yang diadakan ialah, isi air dalam botol, ‘musical chair, musical poisoning quiz dan bowling kelapa. Kelihatan pelajar –pelajar SMK Bawong gembira dengan permainan yang kami jalankan.

Akhir sekali, sebagai penutup program Hari Inspirasi, pemberian hadiah telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah memenangi aktiviti riadah yang telah kami adakan. Majlis berakhir dengan pemberian sedikit cenderahati dari pihak SMK Bawong iaitu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamziba kepada Pensyarah Khidmat Masyarakat, Cik Zaharah Binti Zainal Abidin sebagai tanda penghargaan. Majlis bersurai tepat jam 5:30 petang dan terus bergerak pulang ke kolej.Majlis berjalan lancar mengikut tentatif program.




Sekian, Setiausaha.
AMY NADHIRA BINTI AHMAD

Tuesday, 18 April 2017

Multimedia

AJK MULTIMEDIA  
      1. Aidil
      2. Faris
      3. Syafiqah

MINGGU PERTAMA {19/1/2017}
      
      Ajk multimedia melakukan perbincangaan tentang tugasan yang perlu dilakukan dan
      menyenaraikan tugasan utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Antara tugasan
      utama yang perlu dilakukan ialah :
                  - Membuka satu laman akaun Blog untuk Khidmat Masyarakat DMM0324
                  - Menghasilkan design baju
                  - Menghasikan design banner program

      Setelah selesai segala pembahagian tugas kami selaku ajk multimedia telah menghasilkan
      Blog tersebut.
         
      URL BLOG → https://khidmatmasyarakat0424.blogspot.my/ 

[AIDIL;FARIS;SYAFIQAH]
                                                                  

MINGGU KEDUA {26/1/2017}
       Pembentangan didalam kelas mengenai tugasan yang telah dilakukan. Kami Ajk
       multimedia memilih blog Khidmat Masyarakat yang telah dihasilkan untuk
       dibentangkan pada minggu tersebut.


[AIDIL;FARIS;SYAFIQAH]

                                                                  

{31/1/2017}
    Pada hari tersebut kami Ajk Multimedia hanya menghantar 2 orang wakil dari ajk multimedia
         dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain untuk ke tempat lokasi yang telah kami pilih
         untuk menjalankan program khidmat masyarakat itu nanti.Tempat tersebut ialah SMK Bawong
         Sungai Siput Perak.









 





[AIDIL;FARIS;SYAFIQAH]
                                                                  

Saturday, 8 April 2017

Makanan

MINGGU PERTAMA

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani

         Assalamualaikum dan salam sejahtera , pada minggu pertama, kami AJK makanan Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani telah membincangkan beberapa perkara bagi persiapan makanan dan minuman pada hari aktiviti khidmat masyarakat seperti sarapan pagi , makan tengah hari dan minum petang.
   
          Sarapan pagi untuk 24 orang termasuk Miss Zaharah. Kami mencadangkan bihun goreng dan satu kotak air mineral untuk 24 orang. Bajet untuk sarapan pagi seorang dalam RM4.00 jika 24 orang jumlah sarapan pagi RM96.00. Adun belia Perak, Encik Arif Zaki mencadangkan sarapan pagi di taja oleh MacDonald iaitu McMuffin dan kopi panas.

          Untuk makan tengah hari kami mencadangkan untuk 100 orang makan. Menu dari hasil perbincangan kami bertiga ialah nasi putih , ayam masak merah , sayur campur dan air sirap. Kami akan cuba dapatkan katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Bawong yang berdekatan dengan perkampungan Orang Asli di Sungai Siput Ipoh Perak. Bajet makanan untuk tengah hari seorang makan dalam RM6.00 dan jumlah untuk 100 orang RM600.00.

         Untuk minum petang kami mencadangkan 100 orang makan. Menu yang dicadangkan ialah air teo o' panas , kek pisang dan kuih karipap. Bajet untuk minum petang seorang dalam RM2.00 dan jumlah untuk 100 orang RM200.00.

        Akhir Sekali , bajet untuk ajk makanan di peruntukan untuk sarapan pagi dalam RM96.00 untuk 24 orang. Makan tengah hari RM600.00 untuk 100 orang makan. Minum petang RM200.00 untuk 100 orang makan. Bajet-bajet lain yang kami cadangkan seperti polisterin untuk sarapan iaitu bihun goreng dalam 50 polisterin RM4.00 , sudu dan garfu plastik RM3.00 , Plastik untuk sarapan pagi dalam 2 bungkus RM6.00 dan Plastik sampah dalam 3 bungkus RM9.00. Jumlah keseluruhan dari sarapan pagi hingga petang termasuk bajet-bajet lain yang tentera diatas ialah RM881.00.

___________________________________________________________________________

MINGGU KEDUA (31.1.2017 / SELASA)

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah

         Assalamualaikum dan salam sejahtera , pada hari tersebut kami berbincang untuk mengahantar berberapa orang daripada setiap  AJK masing-masing ke lokasi yang telah kami pilih untuk survey beberapa tapak seperti dewan makan di SMK Bawong untuk menghidangkan makan tengah hari dan minum petang bersama-sama. AJK makanan yang terlibat ialah Siti Nor Fathiah dan Seri Adibah. Jarak perjalanan dari KPTM greentown ke SMK Bawong Sungai Siput Perak mengambil masa kira-kira sejam lebih.



 .



2.2.2017 / KHAMIS

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah

Miss Zaharah menggangarkan sebanyak 150 orang makan pada waktu makan tengah hari dan minum petang.



MINGGU KE TIGA (7.2.2017 / SELASA)

Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ke tiga Siti Nor Fathiah , Seri Adibah dan Sara Aryani telah membincangkan membuat proposal bahagian makanan. Dan setelah berbincang proposal bahagian makanan seperti di bawah.

MASA
MAKANAN & MINUMAN
CATATAN
Sarapan Pagi                         
       ·    Bihun goreng /          McDonalds

       ·    Air Mineral
(26 org campur miss zaharah & madam azlin)


Tempahan sendiri seramai 26 orang. Akan mendapatkan tajaan dari McDonalds.

Makanan Tengahari
       ·         Nasi putih
       ·         Ayam masak merah
       ·         Sayur campur
       ·         Buah tembikai
       ·         Air sirap


Tempahan dari SMK Bawong untuk seramai 130 orang.
Minuman Petang
      ·         Teh O panas
      ·         Kuih muih

Tempahan dari SMK Bawong untuk seramai 130 orang.



Tuesday, 7 February 2017

Carta Organisasi





                                 PENASIHAT: MISS ZAHARAH BINTI ZAINAL ABIDIN


KETUA PROJEK : WAN NAJMUDIN BIN WAN MOHD NOH

PENOLONG KETUA PROJEK: NOOR AFIQAH BINTI JOHAN

SETIAUSAHA: AMY NADHIRA BINTI AHMAD

BENDAHARI : NOR ZAHIRAH BINTI ABD GANI

AJK-AJK

AJK PROTOKOL :

 NURUL ALYA ASILAH BINTI ISNAIN

HAIFA UMAIRA BINTI BAHARUN

CANDINEE A/P MUTHUSAMY

AJK AKTIVITI:

 NURZAZMIN AQILA BINTI AHMAD ZAINI

ADLYN SUHAILI BINTI SUDARMO

AJK TAJAAN :

AFIQ HAIQAL BIN YAMAN

AHMAD SYAFIQ IKMAL BIN MOHAMED ALIAS

MUHAMMAD FAKHRRIN BIN MD YUSOF

MUHAMMAD HEIKAL BIN FAIZ MANSOR

AJK MULTIMEDIA :

MUHAMMAD AIDIL BIN MOHD MUSTAZA

MUHAMMAD FARIS IZZUDDIN BIN ROSLI

NURSYAFIQAH BINTI MOHD ZAKARIA

AJK MAKANAN :

SERI ADIBAH BINTI WAGIMAN

SITI NOR FATHIAH BINTI AZLAN

SARA ARYANI BINTI AHMAD KAMAL

AJK LOGISTIK:

 MOHAMMAD AIMAN BIN MOHAMMAD

MOHD SYAHRIL IZHWAN BIN RAMLI

AJK HADIAH:

KHAIRUNNISA BT ABDUL HAMID

FATIN AQILAH BINTI AMRIAM@AMRAN

SITI NUR AMIRA BT AMIR HAMZAH


Friday, 3 February 2017

Pengenalan

Khidmat masyarakat boleh didefinisikan dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya tidak dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna.
Pelbagai Konsep Khidmat Masyarakat Yang Dapat Diterjemahkan, Antaranya ialah seperti ;
  • PAIVA & LEDERINA (1983) - merujuk kepada langkah-langkah kerajaan melalui agensi- agensinya dalam usaha menawarkan perkhidmatan asas bagi memenuhi keperluan golongan majoriti untuk meningkatkan taraf hidup mereka. 
  • ROWBOTTOM (1974) - membantu atau mencegah segala tekanan sosial yang dialami dalam mana-mana individu, keluarga mahu pun masyarakat dengan menghubungkannya kepada agensi-agensi yang berkaitan.
  • Meyer (1968) -Teras Profesion Kerja Sosial ialah kesediaanya untuk melibatkan diri dalam memenuhi kehendak manusia.
  • Goldstein (1973) - kerja sosial adalah satu kaedah pelaksanaan yang dapat membantu individu perseorangan atau kolektif menyelesaikan masalahnya.
  • Haines (1975) - kerja sosial adalah satu bentuk aktiviti manusia dimana ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat tertentu sama ada dibayar atau sukarela, membantu dalam kehidupan individu lain untuk menghasilkan perubahan kepadanya.
          Pendek kata, konsep khidmat masyarakat adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk
          meletakkan atau mengembalikan sesuatu keadaan agar mencapai kesejahteraan
          hidup bagi golongan yang memerlukan.
       

Tajaan

Pada 12hb Januari,
Kami ajk tajaan & beberapa ajk lain serta Ahli Tertinggi telah menghadiri perjumpaan bersama Tuan Ariff Zaky iaitu ADUN Belia Perak bagi perbincangan mengenai tajaan & berkongsi idea untuk aktiviti khidmat masyarakat 2404. Tuan Ariff Zaky juga memberi beberapa cadangan yang boleh kita lakukan memberitahu jenis tajaan yang mampu diberikan. Selain itu juga beliau turut mencadangkan MCD Meru sebagai salah satu tajaan yang boleh kita dapatkan untuk sumber makanan. Kami ajk tajaan & Ketua Projek akan sentiasa up-to-date segala perkara kepada beliau. -Afiq Haiqal-

Lawatan ke SMK Bawong untuk melihat kawasan sekolah. Diwakili oleh Heikal.

Lawatan ke 2 ke SMK Bawong untuk membincangkan tentang bbrapa perkara pada 16Feb. -afiq haiqal & Fakhrin

Pada, 15hb kami ajk tajaan bersama ke program hello YB untuk program TN50 bersama exco belia Perak di Kinta Riverfront. -Afiq, Heikal & Fakhrin

Pada 27Mac & 3April saya & wan najmudin ke bangunan SUK Perak utk mendapatkan update drpd En. Shahrul Yahaya. -afiq haiqal

Perbincangan dan agihan tugas oleh Puan Zaharah bagi memudahkan urusan carian dana / tajaan pada 16hb Mac. Setiap individu juga perlu mencari sekurangnya RM100 bagi memudahkan tajaan. Pada 21hb, saya Afiq & bersama Wan dan Aidil ke Sungai Siput bagi menyerahkan proposal dan surat tajaan.. . -afiq haiqal

Pada 22Mac saya dan ahli tajaan bersama ajk protokol & multimedia ke 7E dikawasan Ipoh & HQ Kperak di Meru untuk menyerahkan proposal & surat tajaan -afiqhaiqal & Heikal & Fakhrin

Pada 4hb april saya ke kedai pokok utk membeli bunga. -afiq haiqal

5&6hb April kami ajk tajaan berkumpul untuk menyelesaikan persiapan terakhir seperti hadiah ataupon persembahan.. Pada 8hb jam 530am berkumpul di MCD Meru untuk mengambil tajaan makanan. Dan sepanjang program berlangsung saya ditugaskan untuk menjaga sound system & landskap. Sepanjang waktu riadah saya, Faris & Wan bertugas untuk mengemas semula dewan.-afiq haiqal