Pada
8 April 2017 para pelajar dikehendaki berkumpul pada pukul 6.00 pagi di SSI
KPTM IPOH. Para pelajar
di kehendaki mengangkat barang yang akan di gunakan dan di masukkan ke dalam
bas. Seramai 10 orang pelajar yang menaiki bas dan selebihnya seramai 13 orang
menaiki kenderaan sendiri iaitu 3 buah kereta oleh pensyarah, miss zahirah dan
dari pelajar lelaki. Kami mengambil masa
selama satu jam setengah untuk ke lokasi iaitu di SMK Bawong Sungai Siput. Kami
selamat sampai pada pukul 8.00 pagi. Setibanya disana kami dijemput untuk
menjamah sedikit sarapan yang telah disediakan oleh pihak sekolah SMK Bawong.
Pada
pukul 9:30 pagi, Program pelancaran Hari Ispirasi telah dijalankan. Majlis itu
telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato Haji Dzolkafly bin Haji Haron dan
diserikan lagi dengan persembahan dari wakil pelajar kptm ipoh dan diringi
dengan persembahan dari wakil pelajar sekolah SMK Bawong. Majlis diteruskan
lagi dengan Slot ‘Talk TN50’ Oleh ADUN Belia Perak yang berlangsung selama satu
jam. Selesai saja slot ‘Talk TN50’, pelajar-pelajar dihiburkan dengan
persembahan istimewa oleh Kantanpreneur yang dihadiri oleh Encik Mimpi dan
rakan-rakannya. Tepat jam 1:30 petang, kami berehat untuk menjamu makan
tengahari dan menunaikan solat zohor.
Pada jam 2:00 petang, setelah pelajar
dikumpulkan semula kedalam dewan, kami menyiapkan barang-barang untuk
meneruskan slot bengkel kemahiran antaranya bengkel muzikal, bakery,
personality diri dan fotografi. Pelajar sekolah telah dibahagikan kepada 4
kumpulan daripada 60 orang yang terlibat untuk menyertai bengkel kemahiran yang
telah kami sediakan. Selain itu,kami juga turut melakukan aktiviti landskap di
kawasan yang lapang untuk kami menanam pokok bunga sebagai tanda
kenang-kenangan. Jam 4:00 petang, setelah slot bengkel kemahiran dan aktiviti
landskap dijalankan, kami telah mengadakan satu lagi slot khas untuk pelajar
sekolah SMK Bawong iaitu slot yang diberi nama ‘ Sharing about KPTM’ dimana
Ketua Projek, Wan Najmudin berkongsi serba sedikit tentang kos-kos yang
terdapat di KPTM.
Seterusnya,
Jam 4:30 petang, program ini tidak tamat begitu saja. Kami telah melakukan
aktiviti riadah untuk pelajar- pelajar di SMK Bawong . Antara permainan yang
diadakan ialah, isi air dalam botol,
‘musical chair, musical poisoning quiz dan bowling kelapa. Kelihatan
pelajar –pelajar SMK Bawong gembira dengan permainan yang kami jalankan.
Akhir
sekali, sebagai penutup program Hari Inspirasi, pemberian hadiah telah
diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah memenangi aktiviti riadah yang
telah kami adakan. Majlis berakhir dengan pemberian sedikit cenderahati dari
pihak SMK Bawong iaitu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamziba kepada
Pensyarah Khidmat Masyarakat, Cik Zaharah Binti Zainal Abidin sebagai tanda
penghargaan. Majlis bersurai tepat jam 5:30 petang dan terus bergerak pulang ke
kolej.Majlis berjalan lancar mengikut tentatif program.
Sekian, Setiausaha.
AMY NADHIRA BINTI AHMAD
No comments:
Post a Comment